Monday, October 29, 2007

Satu Hari Satu Malam itew…PART 1 of 4 : 1957 HATI MALAYA

Antara filem yang mak tunggu-tunggu. Bila ada peluang terus mak pegi tengok. Seperti review yang dibaca di akhbar tempatan yang memuji-muji filem ini, begitulah yang dapat mak saksikan ketika menonton filem ini. Sebetulnya mata pelajaran Sejarah was not my favourite subject masa sekolah dulu. Kalo lepas exam mesti ala2 kena berdiri dalam kelas sebab markah selalu tak menepati pencapaian yang cikgu Sejarah mak mahukan. Mesti ala2 kena tarik telinga katanya. Tapikan ada sekali tu lepas ujian mak dapat skor. Tapi sekali tu jer. Sebab sejarah ni banyak main dengan fakta. Uols kena banyak membaca, which mak ni ala2 malas katanyer…mana nak ingat event and date segala. Tapikan selepas menyaksikan filem ni membuatkan mak really appreciate Sejarah. Membuatkan mak betul2 menghargai perjuangan Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn Jaafar (bukan Jaafar Onn ok!!!) berusaha untuk menjadikan Malaya sebuah negara merdeka. Setiap watak dalam cerita ini menjadi ingatan. Walaupun akan melihat muka yang sama dalam setiap filem Shuaimi Baba cuma dalam watak-watak yang berbeza-beza, cuma mak ala2 pertikai Kavita Kaur jer..takkan tiap2 filem Shuaimi kena ada kot walaupun membawa watak Kak Lijah..pompuan kampung yang menjual laksa Penang di warung Muzaffar lakonan Bront Palare (mak taste seamat kat mamat ni!!!!) Sebab nampak janggal sangat, walaupun berkebaya lusuh, ala rambut sanggul ciput tapi rambut tetap KALER katanyer!!! Sebabnya jugak wataknya adalah di zaman 50an! Semangat anak-anak muda zaman dulu-dulu yang berlainan ideologi, kalo di warung kopi berbual-bual pasal politik dan cara-cara untuk menyokong pemimpin mereka untuk merdeka. Berbeza sangat sekarang ni, dengan anak-anak muda yang lepak di warung-warung bercakap dan bersembang kosong..macam mak jugak ala2 minum2 model bersama apple and the gang. Sepanjang menonton filem ini air mata mak akan sentiasa tumpah. Terutamanya pada babak di mana Tunku Abdul Rahman menyatakan kepada orang ramai yang beliau dan beberapa orang lagi pemimpin tidak mempunyai wang yang cukup untuk pergi ke London berjumpa dengan orang British untuk menuntut kemerdekaan, tanpa ragu-ragu..semua yang hadir terutamanya golongan wanita mencabut segala barang kemas yang ada, mengumpul dari rakan2 yang lain serta wang tunai dari semua hadir dikumpul untuk diberi kepada Tunku. Wajah Tunku terlalu sebak dengan keadaan ini membuatkan HATI WANITA mak luluh dengan deraian air mata. Oh ya…lupa lak nak bagitau td…dalam panggung TGV kat KLCC ni cuma ada 7 orang jer termasuk mak, yang menontonnya cuma 5 dan yang berdua lagi sepasang BUDAK MELAYU JANTAN BETINA yang dah awal2 lagi book tempat duduk paling corot ke belakang yang mana mak terserempak ngan mereka yang tengah BERSEDAP-SEDAPAN BUAT FILEM BLUE VERSI SENDIRI!!! masa mak nak tukar seat ke belakang. Kalo elok rupanya takperlah…ni HAZAB.........kalo elok rupanya…haruslah mak tepis yang betina tu, mak join sekali katanyer..*matila kau…Ok, where were we just now ya? Dari segi lakonan semuanya elok-elok belaka terutamanya leading role Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn yang dibawa oleh muka-muka baru (walupun tak can do!) yang dibawakan oleh Kamarulzaman atau Che Kem (les kem???..hahaha), anak jati Kelantan yang mak tak tau sebenarnya sebab loghat Pulau Pinangnya begitu meyakinkan serta Zaefrul Nadzri, yang sememangnya an award winning role rasanya. Mak suka sangat dengan watak Tunku, dari segi gerak tubuh, riak muka dan gaya percakapan yang mak rasa seperti melihat Tunku sendiri. Seorang yang nampak tenang ada sifat kebapaan yang tinggi dan nampak sangat berhemah. Lain sikit dengan sifat Dato Onn yang agak baran dan sensitif, ala2 DQ jugaklah (ugut letak jawatan on the spot nih sebab sentap dengan penyokong2nya!) . Walaupun dihasilkan dengan kekangan bajet yang agak terhad (RM 3.5 juta), setnya yang tak sehebat Puteri Gunung Ledang, RM20 juta dan hanya menggunakan teknologi CGI dan Green Screen untuk menghasilkan set-set tertentu tapi itu semua boleh dimaafkan. Kalo ada masa, pegilah nonton filem ni. Sebetulnya selepas menontonnya kita akan menghargai sejarah kemerdekaan negara dan kenapa orang melayu dulu nak sangat Malaya ini merdeka. Kita akan menghargai sambutan hari kemerdekaan tiap-tiap tahun tu, bukan sekadar menonton perarakan pastu balik…dalam hati kosong..bukannya merempit di malam merdeka tanpa membawa apa2 erti sebenarnya. Bersyukur sebab kalau bukan kerna mereka yang dulu-dulu cuba memerdekakan negara, kita takkan hidup senang lenang tanpa dijajah oleh kuasa asing. Tahniah Shumi dan Pesona Pictures. SALUTE!!!!!!!



Tastelah muzaffar!!!! (Bukan "Sultan Muzaffar" tau!!!)


Errk! Kavita....jual laksa uols!!


most memorable scene
Esok sambungan part 2!!!

Sumber gambar2: sinemamalaysia.com

2 comments:

Unknown said...

Bront Palare??? Mixed race apa nih?? Atau just nama komersil? :) Okay lah, dia hensem tu hah..hehehhe

Ehh yg jadik Tunku abd Rahman tu nampak sejibik mcm muka dia lah!

p/s tapi feliklah dah 50 tahun merdeka baru ada org buat filem macam ni? Unless, mak dosi ketinggalan zaman....

.::[Makcik Gemok]::. said...

Uols...nice to meet you kat La Queen Hari tue..lepak ngan mak ayam Fibie...gie umah Hatta Dolmat and Hazwani Osman nanti kalau ada masa kita jumpa lagi..mrasa mek akan terjah ke tempat uols....